Saturday, November 8, 2008

Sejarah Penubuhan Pusat Kegiatan Guru Sitiawan

Pusat Kegiatan Guru Sitiawan merupakan salah satu PKG yang berbangunan khas. Ianya terletak di dalam kawasan SK Seri Selamat dan Pejabat Pelajaran Daerah Manjung.

En.Senawi b. Idris merupakan Penyelaras PKG Sitiawan yang pertama sejak ianya dibuka pada tahun 1992 sehingga beliau bersara wajib pada tahun 1996. Beliau kemudian digantikan oleh En.Sazili b. Zainuddin pada tahun 1996 sehingga 1998 yang menyambung belajar ke peringkat ijazah dan seterusnya bertukar ke SMK Seri Samudera Raya, Seri Manjung.

PKG Sitiawan seterusnya diterajui pula oleh En.Ahmad Fuat b. Shuib yang ditukarkan dari PKG Seri Manjung bermula tahun 1998 sehingga Julai 2004. Beliau kemudiannya ditukarkan pula ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak bagi memenuhi kekosongan jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32. Pada 16 Disember 1999, seorang Pembantu Rendah Awam (R1) sepenuh masa En.Badarudin b. MOhd.Yusof telah dipinjamkan dari SK Seri Selamat untuk bertugas di PKG Sitiawan.

Setelah 7 bulan jawatan dikosongkan, Pn.Zuraidah bt. Mohd.Shafie yang merupakan Guru Media / Penyelaras PSS dari SK Seri Manjung telah dilantik sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan (DGA32) PKG Sitiawan bermula 1 Februari 2007. Selepas itu bermula 1 Mei 2005, seorang Pembantu Tadbir (N17) Pn.Norlizawati bt. Ramli telah ditugaskan di PKG Sitiawan bagi menguruskan kerja-kerja perkeranian.

PKG Sitiawan mula berubah wajah dari segi keceriaan fizikal, prasarana, pengurusan dan perkhidmatan apabila menerima peruntukan RM 69 852.00 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf sepanjang tahun 2005. PKG Sitiawan mula menempa sejarah apabila dinobatkan sebagai Johan Kategori Pengurusan PKG Berbangunan Khas Peringkat Negeri Perak dalam Pertandingan AGA 2005. Pegawai Teknologi Pendidikan (DGA32) PKG Sitiawan, Pn.Zuraidah bt. Mohd.Shafie juga telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun tersebut

Seorang Pegawai Teknologi Pendidikan (DGA29), Pn.Mazian bt. Mior Mohd@Said telah ditempatkan di PKG Sitiawan bermula 15 Mac 2006. Beliau bertanggungjawab kepada Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM

PKG Sitiawan seterusnya diiktiraf sebagai Johan Kategori Pengurusan PKG Berbangunan Khas Peringkat Daerah Manjung dan Naib Johan Peringkat Negeri Perak dalam Pertandingan AGA 2006.


Pada tahun 2007, dengan peruntukan sebanyak RM 9700.00 PKG Sitiawan telah terpilih sebagai Pusat Sumber Rujukan bagi daerah Manjung. Berbekalkan peruntukan tersebut Pusat Sumber PKG Sitiawan telah dinaiktaraf mengikut spesikasi yang ditetapkan.

PKG Sitiawan sekali lagi telah terpilih untuk mewakili daerah Manjung dalam Pertandingan Anugerah Gemilang Akademik 2007 anjuran Jabatan Pelajaran Perak.

No comments: